Sunday 27 February 2011

kEnaPA VS kEraNa...

Kenapa vs kerana
Oleh kerana aq rasa sangat ler stress maka nie la hasil nyer huhu…
Kenapa...
Kenapa tidak jadi seperti burung yang terbang bebas di langit biru
Yang membentang segala ceritera dunia
Kenapa tidak aku awan menjadi pelindung dikala terik mentari menyimbah bumi
Kenapa tidak aku angin meniup lembut dikala hangat terik
Kenapa tidak aku hujan mencurah dikala bumi gersang
Kenapa aku bukan bulan indah dikala malam
Kenapa tidak suria menyinari diwaktu siang
Kerana…
Kerana aku hanya insan lemah tak berdaya mendongak langit melihat awan
Hanya mampu memuja bulan tak berdaya melawan mentari
Kerana aku tetap basah bila ditimpa hujan yang dibawa angin lembut petang…


 
10.39pm 19.02.2011
-Baht Ibrahim-

No comments:

Post a Comment